Selasa, 28 Julai 2009

MUHAMMAD IQBAL - JAVID NAMAH


MOHAMAD IQBAL adalah seorang pujangga dan dan ahli falsafah besar yang pernah dimiliki dunia islam. Karya-karyanya makin banyak diterjemah, dibaca dan direnungi di Barat mahupun di Timur.

JAVID NAMAH ( KITAB KEABADIAN ) ini adalah karya besar yang menampakkan perubahan pemikiran iqbal, misalnya dalam pemikiran ketuhanan, dibandingkan dengan masa-masa sebelumnya. Dalam buku ini, penulisnya mengisahkan pengembaraan rohaninya bagaikan "israk dan mikraj" peribadi iqbal sendiri. Dengan ditemani roh Jalaluddin Rumi ( penyair dan ahli sufi besar Parsi abad ke-13 M ) sebagai pembimbing rohani, ia mengembara dari planet ke planet, bertemu dengan roh para sufi, ahli falsafah, penyair dan raja. Mereka, termasuklah al-Hallaj, Jamaluddin al-Afghani, Nietzsche dan Firaun. Dalam pertemuan-pertemuan itu, lahirlah dialaog yang mengandungi falsafah yang menarik untuk direnungkan.

Dalam sastera dunia, tidak banyak karya yang dapat dibandingkan dengan magnum opus Iqbal; di antaranya hanya La Divina Comedia karya Dante ( abad ke-13 ), yang menurut orientalis Sepanyol Miguel Asin Palacios, juga diilhami oleh kisah Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi karya Dante menampakkan fahaman Kristian yang sempit dan tertutup, yang menyediakan neraka untuk mereka yang bukan Kristian sedang karya Iqbal ini memancarkan cahaya Islam yang lembut dan terbuka.