
CALON AMK TERBAIK BILA ANWAR MASUK PENJARA
Siapakah pemimpin yang mempunyai kebolehan untuk menjadikan AMK sebuah sayap pemuda yang paling relevan?
Reformasi dalam sayap pemuda keadilan perlu dilaksanakan secepat mungkin. Jaringan padu di antara AMK negeri dan pusat perlu diperkemas. Hanya calon yang kerap turun ke padang sahaja layak untuk dipilih sebagai Ketua AMK kerana calon ini sentiasa bergerak dalam perjuangan melumpuhkan propa-propa musuh selain daripada mempunyai jaringan kuat di kalangan pemuda AMK yang lain.
Seorang pemimpin sejati tidak memerlukan barisan bayangan demi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua. Walau siapapun timbalannya, kerjasama utuh tetap akan terlaksana. Adalah jauh lebih baik dari menamakan timbalan dan keseluruhan barisan exco, dikhuatiri sekiranya timbalan pilihan tidak menang, ia pasti menyukarkan lantas menimbulkan masalah perhubungan.
Calon berjiwa rakyat yang sanggup mendepani segala permasalahan rakyat, yang sanggup bermatian untuk rakyat, yang sanggup diheret di atas tar jalanraya demi nasib rakyat.
Perlukah seorang calon yang kaya raya untuk menjadi ketua AMK?
Ingatlah, PKR bukan UMNO! PKR juga bukan parti serpihan UMNO!
Hanya yang dangkal sahaja berfikiran begitu. Hanya mereka yang masih berjiwa UMNO sahaja akan melakukan pemilihan berdasarkan latar belakang kewangan seseorang. Pejuang sebenar ialah pejuang yang berusaha untuk menjadikan rakyat hidup senang. Pemimpin sejati ialah menjadikan rakyat jauh lebih kaya dari dirinya sendiri. Jadi fikirlah, adakah kita serupa dengan regim UMNO ?
Perwakilan, telitilah dengan bijak bahawa siapa pejuang sebenar di dalam AMK. Hebatnya seseorang itu bukan dari pangkatnya, tetapi dari amanah yang dijaga rapi.
Hanya pemimpin berjiwa pejuang, berhati rakyat wajar dipilih menjadi ketua. Pemimpin celik suasana dan peka terhadap situasi wajar diberi laluan. Pemimpin yang bijak dalam perlawanan dan tegak dalam istiqomah, wajib ditolak ke hadapan.
( diambil dari tulisan edyesdotcom.blogspot.com )













