Sabtu, 22 Mei 2010

Laungan membantah lesen judi bolasepak bergema di Ipoh walau diganggu polis

IPOH 21 MEI: Himpunan aman bagi membantah lesen judi bolasepak Piala Dunia yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada Berjaya Group berjaya menghimpunkan lebih 300 muslimin yang prihatin di perkarangan Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) selepas solat Jumaat tengahari tadi.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda Pas Perak ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada parti Pakatan Rakyat dan juga beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beberapa pimpinan telah memberikan ucapan. Mereka adalah Timbalan Pengerusi PKR Perak, YB Dr Lee Boon Chye, Ketua Pemuda PAS Perak, Ust Zawawi Hassan, Ketua Angkatan Muda PKR Perak, YB Abdul Yunus Jamhari, dan YDP ABIM Perak, Haji Suhaimi Latip.

Turut kelihatan hadir ialah Ustaz Nor Azli Musa, YB Chang Lih Kang dan YB Chan Ming Kai.

Tiada seorang pun wakil daripada Pemuda Umno Perak yang kelihatan walaupun telah dijemput oleh pihak penganjur.

Suasana sedikit tegang apabila pihak polis cuba untuk memberhentikan ucapan pimpinan. Orang ramai menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan perbuatan polis yang mengganggu himpunan aman hari ini.

Walaupun rasa terganggu, ucapan tetap diteruskan dan laungan bersemangat yang bergema diperkarangan masjid tersebut cukup menggambarkan betapa rakyat di Ipoh membantah dan juga menentang pemberian lesen judi bolasepak oleh kerajaan yang seakan-akan mempermain-mainkan hukum Allah dengan persepsi bahawa judi itu halal jika ianya berlesen.

Himpunan bantahan hari ini menjadi lebih bermakna lagi apabila YB Dr Lee Boon Chye yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuka ucapannya dengan menyatakan bahawa ketegasan masyarakat Cina dalam menolak judi. Malah, bukan sahaja kaum Cina daripada PKR, DAP tetapi juga MCA dan Gerakan.

Kerajaan BN pimpinan Najib perlu mendengar laungan keramat rakyat yang membantah lesen judi bolasepak tengahari ini demi memartabatkan status Negara Islam diperdendangkan keserata dunia.

Pelajarilah daripada ayat dibawah ini:-
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaithan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
Al-Mai'dah (5) : 90

Sesungguhnya syaithan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan shalat; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).
Al-Mai'dah (5) : 91


Tiada ulasan:

Catat Ulasan