Isnin, 10 Januari 2011

KENYATAAN MEDIA

PERLANTIKAN DR. MUHD NUR MANUTY SEBAGAI PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN NEGERI PERAK

1. Mengalu-alukan perlantikan Dr. Muhd Nur Manuty sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri yang baru bagi menggantikan Haji Mustaffa Kamil Ayub oleh Dato’ Seri Presiden seperti yang diumumkan semalam.

2. Perlantikan Dr. Muhd Nur Manuty yang juga merupakan bekas Presiden ABIM diharap mampu melonjakkan kembali imej Keadilan Perak dan seterusnya memantapkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat Negeri.

3. Walaupun dilihat ada sedikit pergeseran di peringkat awal dalam soal perlantikan Pengerusi MPN yang baru namun diharap semua pihak akur dan memberi kerjasama kepada Dr. Muhd Nur Manuty.

4. Perjuangan Keadilan bukanlah milik individu atau mana-mana kelompok, ia adalah perjuangan semua rakyat yang cintakan keadilan. Sedikit kejayaan yang kita kecapi hari ini bukanlah hak milik persendirian tetapi sejarah perjuangan ini telah dimulakan ratusan tahun yang lampau oleh pejuang-pejuang kebenaran.

5. Pakatan Rakyat pernah berkuasa di Negeri Perak hampir 11 bulan dan kali ini kita cukup bersedia dari segi mental dan fizikal sekiranya rakyat memberikan peluang sekali lagi dalam PRU-13 yang akan datang.

6. Episod tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini adalah satu pengajaran yang cukup pahit kepada kita semua. Kepentingan peribadi, pengkhianatan, kerjasama yang longgar dan kurang pengalaman dalam menghadapi serangan musuh memberi pengalaman yang cukup bermakna.

7. Kita khuatir sekiranya kali ini kita masih gagal mempertahankan harapan dan amanah rakyat, rakyat tentunya akan kecewa dan tidak memaafkan dan perjuangan kita selama ini akan menjadi sia-sia.

8. Saf pimpinan Keadilan Perak harus erat kembali, keputusan pucuk pimpinan wajar dihormati. Buang yang keruh ambil yang jernih, biduk berlalu kiambang bertaut adalah diantara ungkapan yang wajar dihayati oleh semua pihak.


ADUN Kuala Kurau

10 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan