Jumaat, 20 Ogos 2010

KENYATAAN MEDIA


ADAM HARIS SALAHGUNA NAMA AMK

AMK Perak membidas tindakan Adam Haris Abdullah menggunakan nama AMK dan Parti Keadilan Rakyat dalam laporan polis yang dibuatnya semalam.

Beliau sebenarnya telah meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua AMK Cabang Kuala Kangsar sejak tahun 2009 lagi dan ini disahkan oleh Ketua AMK dan Ketua Cabang Kuala Kangsar sekarang.

AMK Perak memandang serius perkara ini kerana sejak akhir-akhir ini ramai bekas pimpinan serta anggota yang telah meletak jawatan, keluar parti atau melompat parti dengan sewenang-wenangnya menjaja nama Parti Keadilan Rakyat untuk menarik perhatian media.

Kita tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya beliau terus mengguna dan memperalatkan nama AMK bagi memenuhi agenda politik beliau memburuk-buruk dan melempar fitnah terhadap pimpinan parti.

Kita mempertikaikan motif sebenar beliau membuat laporan polis terhadap MS Arjunan seolah-olah beliau membela Timbalan Menteri Barisan Nasional Datuk M Saravanan padahal kononya beliau mewakili anggota AMK.

Sekiranya tuduhan MS Arjunan itu mengaitkan Timbalan Menteri berkenaan terbabit dalam kegiatan pelacuran, dadah dan gangsterime itu palsu biarlah pihak polis menjalankan siasatan kerana laporan telahpun dibuat.

Kita kenal siapa Adam Haris, beliau adalah alat kepada Barisan Nasional. Baru-baru ini beliau berkomplot dengan salah seorang ADUN Bebas untuk menarik keluar Ketua-Ketua AMK Cabang dengan rasuah wang dan projek. Malangnya projek mereka terbengkalai akibat pendedahan salah seorang Ketua AMK Cabang yang terlibat. Laporan salahlaku disiplin ke atas Adam Haris telahpun berada di peringkat Jawatankuasa Disiplin Parti untuk tindakan tegas termasuk pemecatan.

Berdasarkan laporan Sinar Harian kelmarin, kehadiran beliau membuat laporan polis bersama Fauzi Muda iaitu bekas Ketua Cabang Ipoh Barat membuktikan segala-galanya. Mereka ini semuanya adalah “pelacur politik” yang menjadi tali barut UMNO yang dulunya cuba merosakkan Parti Keadilan Rakyat dari dalam tetapi gagal dan akhirnya terbuang.

AMK Perak juga menegur akhbar Sinar Harian kerana secara melulu menggunakan nama AMK dan Parti tanpa merujuk kepada pihak pimpinan parti yang sepatutnya boleh membuat pengesahan.

Sekian.
KETUA AMK PERAK
20 OGOS 2010

Khamis, 19 Ogos 2010


KUNJUNGAN DATO' SERI NIZAR KE SURAU HAJI ZAINI PARIT ABAS KUALA KURAU


1. Majlis berbuka puasa diadakan pada hari selasa 17 Ogos 2010.

2. Program anjuran Jawatankuasa Surau Haji Zaini Parit Abas Hilir bersama ADUN Kawasan Kuala Kurau.

3. Kehadiran penduduk dan jemputan sekitar 250 orang termasuk beberapa orang rakan dari kaum tionghua.

4. AJK Surau menyembelih seekor lembu hasil sumbangan orang ramai dan bergotong-royong menyediakan juadah berbuka.

5. Dato’ Seri Nizar tiba jam 6.30 petang dan disambut oleh ADUN Kuala Kurau YB. Yunus, Timbalan YDP Parit Buntar Sdr. Baharin Desa serta AJK Surau.

6. Dato’ Seri Nizar dalam tazkirah Ramadannya menyeru supaya umat Islam berlumba-lumba melaksanakan amal kebajikan sempena dibulan yang mulia ini.

7. Mengimbas peristiwa Sidang DUN Perak 3 Ogos 2010 yang lalu di mana Menteri Besar haram gentar berhadapan dengan ADUN Pakatan Rakyat.

8. Menghalang media memasuki dewan persidangan, memperalatkan pasukan Polis, menghalang Dato’ Seri Nizar berucap, mematikan mickrofon serta memendekkan tempoh persidangan kepada 1 hari sahaja.

9. Ada bekas wakil rakyat UMNO di Selangor sanggup membunuh diri dan ini sesuatu yang luar biasa dari kaca mata umat melayu dan Islam. Kita boleh terima sekiranya dilakukan oleh orang biasa tetapi amat malang kepada UMNO kerana pimpinan tertinggi mereka bergelumang dengan noda dan dosa.

10. Selepas tazkirah beliau mengetuai bacaan tahlil dan doa diikuti dengan berbuka puasa.

11. Rata-rata penduduk merasa terharu kerana Dato’ Seri Nizar sedia meluangkan waktu menghadiri majlis berkenaan dan mereka mengadakan sesi bergambar bersama beliau.

12. Rakan tionghua yang hadir turut gembira apabila berjumpa dengan bekas MB yang sangat dikasihi serta berpeluang mengenali budaya hidup orang melayu yang selama ini pihak UMNO dan MCA tidak pernah memberi kefahaman kepada mereka.

13. Selepas berbuka Dato’ Seri Nizar bergegas pulang ke Ipoh kerana menghadiri solat jenazah allahyarhamah isteri kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Perak kira-kira jam 9.00 malam.

Khamis, 12 Ogos 2010

SALUT KEPADA RAKYAT YANG BERANI : 300 PENDUDUK KUALA BAGAN TIANG BANTAH PROJEK KOLAM UDANG & MINTA DIHENTIKAN SEGERA







Projek kolam udang secara haram dan tidak terkawal 15 tahun lalu telah memusnahkan ratusan ekar hutan paya bakau di kawasan Sungai Baharu, Parit Tok Hin, Batu 13, Batu 14 dan Kampung Nelayan Kuala Kurau. Inilah akibatnya apabila derhaka pada alam, Tsunami melanda pada tahun 2004 dan mengorbankan nyawa.

Laporan berita akan menyusul. Lebih panas dan gempar!!!

Rabu, 11 Ogos 2010

LAPORAN POLIS TERHADAP PENDAKWARAYA CIK FARAH AZLINA BT. LATIF & MOHD SAIFUL BUKHARI B. AZLAN



"Susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 2/8/2010, Sentul Report 011791/10, saya penama di atas ingin membuat laporan yang sama dan memohon pihak polis agar menyegerakan siasatan terhadap Pendakwaraya Cik Farah Azlina Bte Latif Dan Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan terutama di bawah seksyen 8(1) dan seksyen 8(2) Akta Rahsia Rasmi 1972, merujuk kepada afidavit yang telah difailkan pada tarikh 2/8/2010 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui permohonan notis usul dan afidavit (kes No: 44-175-2009)(sesalinan disertakan)."