Khamis, 19 Ogos 2010

KUNJUNGAN DATO' SERI NIZAR KE SURAU HAJI ZAINI PARIT ABAS KUALA KURAU


1. Majlis berbuka puasa diadakan pada hari selasa 17 Ogos 2010.

2. Program anjuran Jawatankuasa Surau Haji Zaini Parit Abas Hilir bersama ADUN Kawasan Kuala Kurau.

3. Kehadiran penduduk dan jemputan sekitar 250 orang termasuk beberapa orang rakan dari kaum tionghua.

4. AJK Surau menyembelih seekor lembu hasil sumbangan orang ramai dan bergotong-royong menyediakan juadah berbuka.

5. Dato’ Seri Nizar tiba jam 6.30 petang dan disambut oleh ADUN Kuala Kurau YB. Yunus, Timbalan YDP Parit Buntar Sdr. Baharin Desa serta AJK Surau.

6. Dato’ Seri Nizar dalam tazkirah Ramadannya menyeru supaya umat Islam berlumba-lumba melaksanakan amal kebajikan sempena dibulan yang mulia ini.

7. Mengimbas peristiwa Sidang DUN Perak 3 Ogos 2010 yang lalu di mana Menteri Besar haram gentar berhadapan dengan ADUN Pakatan Rakyat.

8. Menghalang media memasuki dewan persidangan, memperalatkan pasukan Polis, menghalang Dato’ Seri Nizar berucap, mematikan mickrofon serta memendekkan tempoh persidangan kepada 1 hari sahaja.

9. Ada bekas wakil rakyat UMNO di Selangor sanggup membunuh diri dan ini sesuatu yang luar biasa dari kaca mata umat melayu dan Islam. Kita boleh terima sekiranya dilakukan oleh orang biasa tetapi amat malang kepada UMNO kerana pimpinan tertinggi mereka bergelumang dengan noda dan dosa.

10. Selepas tazkirah beliau mengetuai bacaan tahlil dan doa diikuti dengan berbuka puasa.

11. Rata-rata penduduk merasa terharu kerana Dato’ Seri Nizar sedia meluangkan waktu menghadiri majlis berkenaan dan mereka mengadakan sesi bergambar bersama beliau.

12. Rakan tionghua yang hadir turut gembira apabila berjumpa dengan bekas MB yang sangat dikasihi serta berpeluang mengenali budaya hidup orang melayu yang selama ini pihak UMNO dan MCA tidak pernah memberi kefahaman kepada mereka.

13. Selepas berbuka Dato’ Seri Nizar bergegas pulang ke Ipoh kerana menghadiri solat jenazah allahyarhamah isteri kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Perak kira-kira jam 9.00 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan