Rabu, 23 Jun 2010

UMNO BOIKOT MAJLIS PERASMIAN PEJABAT PERTANIAN KAWASAN TANJONG PIANDANG

Pihak UMNO Parit Buntar dan ADUN Alor Pongsu iaitu YB. Sham b. Mat Sahat dikatakan telah memboikot majlis perasmian bangunan baru Pejabat Pertanian Kawasan Tanjong Piandang dan Hari Ladang Jabatan Pertanian Peringkat Daerah Kerian yang telah disempurnakan oleh Encik Ariffin b. Abdul Latif iaitu Pengarah Pertanian Negeri Perak pada hari selasa, 1 Jun 2010 yang lalu.

Mereka dikatakan tidak berpuas hati kerana pihak jawatankuasa penganjur telah menjemput wakil rakyat dari Pakatan Rakyat pada majlis berkenaan yang telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, ADUN Kuala Kurau, ADUN Titi Serong, ADUN Selinsing dan ADUN Gunung Semanggol.

Mereka yang terlibat memboikot program berkenaan ialah ADUN Alor Pongsu, Wakil Menteri Besar bagi Kawasan Kuala Kurau dan Titi Serong dan juga Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar. Kita juga merasa kesal kerana tidak kelihatan kelibat Penghulu Mukim Tanjong Piandang dan Pengerusi-Pengerusi JKKK yang sepatutunya menyambut kehadiran Pegawai Daerah Kerian pada majlis berkenaan.

Tindakan yang diambil menunjukkan bahawa pihak UMNO telah membelakangkan kepentingan golongan petani dan peladang di kawasan ini yang rata-ratanya dari kalangan orang-orang melayu. Mereka juga seolah-olah tidak menghormati pegawai-pegawai kerajaan yang menjalankan tugas secara profesional dan berfikiran terbuka.

Kita juga mendapat laporan bahawa pihak UMNO akan mengambil tindakan membalas dendam dengan menukarkan beberapa orang pegawai dari Jabatan Pertanian yang telah mengundang wakil Pakatan Rakyat hadir pada program berkenaan. Kita menasihatkan pihak UMNO supaya tidak berlaku zalim kepada kakitangan kerajaan kerana mereka hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan semata-mata.

Sikap seperti inilah yang telah menyebabkan UMNO dibenci dan ditolak oleh rakyat pada pilihanraya umum yang lalu dan sekiranya mereka tidak berubah tidak mustahil dalam pilihanraya akan datang mereka akan kehilangan kuasa politik di semua peringkat.

Kita mengucapkan syabas kepada pihak Pejabat Pertanian Daerah Kerian kerana telah berjaya membina bangunan baru yang lebih selesa demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan petani dan peladang terutamanya di kawasan Tanjong Piandang dan Kuala Kurau. Mudah-mudahan dengan kerjasama dari semua pihak nasib golongan petani dan peladang akan lebih terbela.

Pada majlis berkenaan pihak Jabatan Pertanian Daerah Kerian mengadakan gerai pameran yang turut disertai beberapa syarikat dan penduduk tempatan yang memasarkan beberapa produk berkaitan pertanian dan perladangan.

Majlis berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan di mana kehadiran penduduk dari kalangan petani dan peladang sekitar 500 orang. Program bermula seawal 9.00 pagi dan berakhir kira-kira 12.00 tengah hari.



Rabu, 16 Jun 2010

Banjir Kilat Di Taman Piandang Indah Pada 16 Jun 2010

1. Hujan yang lebat pada lewat petang hari ini walaupun hanya seketika telah menyebabkan banjir kilat di sekitar Taman Piandang Indah dan Klinik Kesihatan Tanjong Piandang.

2. YB. Yunus, ADUN Kuala Kurau bersama Setiausaha Majlis Daerah Kerian Encik Mohamad Razif b. Ramli bergegas ke lokasi terbabit bagi meninjau keadaan banjir di sana dan meluangkan masa hampir 1 jam.

3. Kita melawat di sekitar premis perniagaan, taman perumahan, klinik kesihatan dan pekan Tanjong Piandang bersama dengan beberapa orang penduduk.

4. Masalah banjir kilat di kawasan berkenaan sebenarnya telah berlarutan sejak sekian lama iaitu kira-kira hampir 5 tahun dan sehingga hari ini pihak yang berwajib masih gagal menangganinya.

5. Antara punca yang dikenal pasti yang menyebabkan banjir kilat ialah parit besar yang berada di hadapan taman dan klinik tersebut tidak dapat menampung jumlah air hujan yang banyak. Keadaan ini bertambah buruk lagi apabila air laut pasang di mana air hujan tidak dapat mengalir keluar ke laut.

6. YB. Yunus sebelum ini telahpun mengajukan masalah ini ke pengetahuan pihak Pejabat Daerah, MDK, JKR, JPS dan IADA Daerah Kerian malahan dalam sidang DUN yang lepas serta Mesyuarat Tindakan Daerah perkara ini turut dibangkitkan.

7. Walaupun masalah ini belum selesai berbagai usaha akan terus dijalankan bersama dengan agensi-agensi yang terbabit bagi mencari jalan mengatasi banjir kilat. Kita sedang mencari jalan bagaimana untuk mengalirkan air hujan ke kawasan yang bersesuaian bagi mengurangkan kesan banjir kilat.

8. Kesusahan yang dihadapi oleh penduduk bukan sahaja rumah mereka digenangi air malahan turut merosakkan harta benda serta barang-barang perniagaan mereka. Urusan seharian turut tergendala apabila jalan-jalan utama turut ditenggelami air.

9. Kita menyeru supaya penduduk dapat terus bersabar dan sedia memberi kerjasama dan buah fikiran bagi menyelesaikan masalah ini. Kita juga menyeru supaya pihak Majlis Daerah Kerian terutamanya lebih serius dalam menangani masalah ini kerana Taman Piandang Indah terletak di bawah bidang kuasa mereka.








Isnin, 7 Jun 2010

Demontrasi Kekejaman Israel dan Bantah Judi Bola.


Parit Buntar 4 Jun - Diperkarangan Masjid Batu 5 Tanah Kebun sebentar tadi telah dianjurkan demontrasi bantahan kekejaman Israel terhadap serangan konvoi bantuan ke Gaza baru-baru ini.

Bantahan ini melibat Pas Kawasan dan Dewan Pemuda Pas Parit Buntar (DPPKPB) serta ahli qariah masjid tersebut sesudah menunaikan solat jumaat.

Ucapan dibuat oleh YB Sdr. Yunus, ADUN Kuala Kurau dan Ahli Parlimen Parit Buntar sendiri Dr. Mujahid Yusuf Rawa. Dalam ucapan YB Yunus, beliau mengutuk keras kekejaman Yahudi laknatullah dan meminta umat Islam agar terus berdoa semoga umat Islam di Gazza di beri bantuan oleh Allah swt. manakala ucapan YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa mewakili semua penduduk di kawasan Perlimen Parit Buntar sekali lagi mengutuk tindakan zalim kekejaman yahudi dan beliau sendiri akan membawa usul mengutuk Israel pada sidang Parilimen pada minggu hadapan.

Menurut beliau lagi kita harus berbangga kerana ada rakyat Malaysia seramai 11 orang yang bersama-sama konvoi tersebut bagi menandakan komitmen kita terhadap bantuan ke Palestin.

"Kita menyatakan 11 rakyat malaysia yang berada di atas kapal tersebut adalah merupakan wira-wira kita dan kita harus memberi penghargaan kepada mereka".

Ucapan YB Dr. Mujahid mendapat laungan 'takbir' dan 'hancur yahudi'. Menurutnya lagi selain mengutuk Israel PAS juga akan mendesak kerajaan Malaysia supaya menghentikan pemberian kontrak kepada apco worldwide yang merupakan syarikat milik yahudi sebagai tanda sokongan bantahan Malaysia.

"Janganlah hanya dihadapan menentang yahudi tetapi dalam pada masa yang sama mengambil yahudi sebagi perunding Malaysia, itu adalah sifat orang munafik"

Dalam pada itu demontrasi ini juga PAS mengutuk tindakan umno/BN membenarkan lesen judi diluluskan pada perlawan bolasepak piala dunia tidak berapa lama lagi. Kita akan meneruskan usaha menentang kelulusan lesen judi ini dengan sepenuh kekuatan.

"Kami rakyat Parit Buntar membantah lesen judi di halalkan". Kami suka bola, kami tak suka judi".

Itu laungan ahli qariah Masjid Batu 5 bagi mewakli Kawasan Parit Buntar. DPPKPB akan menganjurkan Pidato Kecam Judi Bola pada malam sabtu ini di Padang Purnama, Kpg. Kedah.

Selain dari itu DPPKPB juga akan mengedar risalah mengutuk pemberian lesen judi oleh umno kepada Berjaya Groups sdn. bhd. Dr. Mujahid sebelum itu menjadi khatib dan Imam solat jumat di Masjid tersebut. Solat hajat memohon pertolongan Allah juga dilakukan selepas solat jumaat.


Pemuda mengedar risalah mengutuk Yahudi dan mengecam pemberian lesen judi bolasepak.

YB Yunus ADUN Kuala Kurau memberi ucapan

YB Dr. Mujahid mengutuk keras pemberian RM77 juta kepada apco (yahudi)

Rabu, 2 Jun 2010

UMNO Dahulukan Judi

1. Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Dato’ Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan umat Islam di negara ini.

2. Berikutan itu kerajaan UMNO-BN telah meluluskan pemberian lesen judi berkenaan kepada seorang kroni mereka yang terkenal iaitu Vincent Tan yang turut menguasai lesen perjudian Sport TOTO. Ini membuktikan bahawa UMNO-BN telah mendahulukan judi dan mengetepikan soal hukum serta pandangan orang ramai.

3. Alasan kerajaan untuk mengawal perjudian haram dan sekadar digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan adalah hujah yang dangkal. Malapetaka judi adalah lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

4. Peranan pemerintah adalah mencegah kemungkaran bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Kelulusan tersebut hanya mengubah ‘taukeh’ sahaja dari yang tidak berlesen kepada berlesen.

5. Cabaran UMNO dan PERKASA supaya Pakatan Rakyat menutup premis-premis perjudian di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat hanyalah cubaan mengalihkan isu.

6. Hakikatnya premis judi yang banyak di negeri Pakatan Rakyat termasuk di Selangor dan Pulau Pinang adalah ‘najis’ peninggalan UMNO-BN sewaktu mentadbir negeri-negeri berkenaan.

7. Pakatan Rakyat merasa kesal dan kita sedang berusaha untuk membersihkan dan mendidik masyarakat agar meninggalkan budaya buruk yang ditanam oleh UMNO-BN selama ini.

8. Judi adalah haram di sisi islam. Semua agama dan budaya dari semua zaman menolak judi. Tabiat berjudi mengakibatkan keruntuhan institusi keluarga, masyarakat dan negara. Judi adalah budaya orang jahat dan anti sosial.

9. Pakatan Rakyat bimbang suatu hari nanti mungkin kerajaan akan menghalalkan dan melesenkan pula tempat menghisap candu, pelacuran, penyeludupan dan jenayah lain sekiranya hujah berkenaan diguna pakai.

10. Justeru itu Pakatan Rakyat membantah dan menuntut kerajaan membatalkan segera kelulusan lesen perjudian tersebut. Marilah kita sama-sama menolak bagi menumbangkan kerajaan UMNO-BN dalam pilihanraya umum akan datang bagi mengelakkan negara ini menuju kehancuran.