Isnin, 29 Mac 2010

PENTAS RAKYAT MELAWAN FITNAH DI TANJONG PIANDANG BERSAMA ANWAR

Pentas Rakyat bersama Anwar pada 27 Mac 2010 di Dataran Keadilan Tanjong Piandang mendapat sambutan luarbiasa di mana hampir 10 ribu penyokong Pakatan Rakyat membanjiri dataran berkenaan pada malam tersebut. Hujan yang turun pada awal program tidak mematahkan semangat penyokong dan petugas malahan mereka sedikit pun tidak berganjak dan dengan sabar menunggu ucapan Anwar sehingga selesai. Ribuan penyokong dari kalangan kaum cina dari Pekan Tanjong Piandang dan Kuala Kurau berkumpul di pinggir jalan menyambut ketibaan Anwar seawal 9.30 malam.

Suasana hiruk-pikuk seolah-olah berada seperti di ambang pilihanraya umum di mana penyokong-penyokong bertempik dan bersorak sepanjang masa . Disaat Anwar difitnah, Keadilan diserang dan Pakatan Rakyat cuba dihancurkan, reputasi Anwar sebagai pemimpin ulung Pakatan Rakyat sedikit pun tidak terjejas malahan sokongan yang diterima semakin melimpah-ruah. Program malam itu turut diserikan dengan kehadiran Dato' Seri Nizar, Dato' Ngeh Koo Ham, Haji Mustaffa Kamil Ayub, Ustaz Abu Bakar Husin, YB. Mujahid, YB. Yunus, Tuan Haji Harun b. Hashim dan Pimpinan Pakatan Rakyat lain.

Sehari sebelum itu Menteri Besar Haram Dr. Zambry Kadir yang diberi jolokan oleh kaum cina Tanjong Piandang sebagai "cempedak busuk yang hitam" datang ke Pekan Tanjong Piandang dan Kuala Kurau dalam program penyerahan bantuan nelayan yang diatur oleh pihak UMNO dan agensi kerajaan yang berkaitan. 3 ribu nelayan dari kawasan Kerian dipaksa hadir untuk menerima bantuan berkenaan dan mereka diugut akan dipotong bantuan berkenaan sekiranya tidak hadir.

Nelayan-nelayan naik berang kerana mereka telah diperalatkan oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional bagi meraih sokongan politik secara tidak bermaruah dengan tujuan untuk merampas semula kerusi Dun Kuala Kurau dalam pilihanraya akan datang. Dari tinjauan yang dilakukan program yang dianjurkan oleh pihak berkenaan tidak mendapat sambutan dan seolah-olah diboikot oleh rakyat Dun Kuala Kurau. Mereka benci kepada UMNO-BN dan juga Menteri Besar Haram.




8 ulasan:

  1. "3 ribu nelayan dari kawasan Kerian dipaksa hadir untuk menerima bantuan berkenaan dan mereka diugut akan dipotong bantuan berkenaan sekiranya tidak hadir"
    YB..ini kenyataan fitnah.Mana ada kena ugut. Jgn bg malu org kurau. Dah la di Parlimen kita kena tuduh penipu oleh YB Bayan Baru ngan Kulim..Yb plak tambah wat fitnah lagi. Dah la tu..agak2 la klu nak cari glamer pun.
    Apa yg kwn sya bagitau ialah tiada unsusr2 paksaan utk dtg ke majlis tersebut. X dpt datang x pe sebab boleh amik elaun tersebut di persatuan nelayan kerian pada bila2 masa waktu pejabat. Klu malas jugak nak pg amek tggu je la duit tu masuk akaun penerima. apa nak susah. lain kali kalau x tau tanya. Jangan nak main hentam jer.Kadang2 rasa nyesal lak pangkah Yb dulu..ntah apa keja la yg dibuat skrang. jln kat sini byk yg rosak.lantak hg la yb.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. "3 ribu nelayan dari kawasan Kerian dipaksa hadir untuk menerima bantuan berkenaan dan mereka diugut akan dipotong bantuan berkenaan sekiranya tidak hadir"
    YB..ini kenyataan fitnah.Mana ada kena ugut. Jgn bg malu org kurau. Dah la di Parlimen kita kena tuduh penipu oleh YB Bayan Baru ngan Kulim..Yb plak tambah wat fitnah lagi. Dah la tu..agak2 la klu nak cari glamer pun.
    Apa yg kwn sya bagitau ialah tiada unsusr2 paksaan utk dtg ke majlis tersebut. X dpt datang x pe sebab boleh amik elaun tersebut di persatuan nelayan kerian pada bila2 masa waktu pejabat. Klu malas jugak nak pg amek tggu je la duit tu masuk akaun penerima. apa nak susah. lain kali kalau x tau tanya. Jangan nak main hentam jer.Kadang2 rasa nyesal lak pangkah Yb dulu..ntah apa keja la yg dibuat skrang. jln kat sini byk yg rosak.lantak hg la yb.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. lg satu aku nk cerita...... sbb kepak ayam dh bukak cerita pasal jalan....... aku sendiri pn pernah ada pengalaman tentang penyelewengan pemberian jalan utk rakyat..... untuk makluman kepak ayam..... aku ni org jati tanjong piandang.... salah seorang penduduk di kg nelayan..... pernah ada suatu ketika di mna adanya penyaluran bantuan untuk jalan tar ke rumah2 penduduk...... tp knapa ye pemberian tu ada sekatan terhadap rumah2 pembangkang..... ini adalah satu bentuk penyelewengan oleh org2 Umno..... knapa ye.... kalau kita ada kuasa kita jadi angkuh.... sampaikan yg si drebar YB Umno tu sendiri pn blh ada kuasa..... ini dh btl2 teruk ni..... berbalik kepada hal jalan td.... Kpd kepak ayam..... aku cukup pelik perangai Umno ni...... kalau ada org besar yg turun padang..... knapa baru nk terhegeh2 bagi jalan...... dok turap jalan siang malam..... tgk masa Najib n zambry nk turun tanjong piandang..... knapa baru masa tu la dok kalut nk turap jalan 2 cantik..... ooooo aku lupa..... hang pa takut kasut depa ni kena lumpoq kot....... org umno ni kan kuat kipas mengipas..... - ikhlas dari aku untuk menjelaskan apa yg dibangkitkan oleh saudara Kepak ayam

    BalasPadam
  6. ni aku nk jawab pasal jalan berlubang yg di bangkitkan oleh saudara kepak ayam..... seingat aku la masa PKR memerintah perak dulu..... aku rasa jalan semua elok ja..... kalau kat area sg burung tu...... brapa kali dh kna turap..... tp nk buat mcm mana kalau dh struktur tanah kat area situ sememangnya tanah yg lembut..... lg satu..... atas usaha sapa org kuala kurau blh dpt bina jambatan kedua utk lalaun motorsikal antara kuala kuarau n bagan seberang (kuala gula), Kerajaan ke yg bg bantuan? oh mungkin tidak..... knapa nk lihat kelemahan kecil seseorang tu sedangkan banyak lg jasa YB kami tu..... aku rasa YB Yunus ni x pernah miss kalau ada kematian r kenduri kendara...... x kira la org cina ka? india ka? orang melayu ka semuanya dia p........

    BalasPadam
  7. Kepada Along Firdaus kerja kerja pembinaan dan penyeliaan jambatan bgn seberang utk laluan motosikal adalah dibwh RMK 8 di bawah peruntukan JKR pusat dan ini mmg la bantuan kerajaan. Masa mula2 buat pun ada sign board JKR. Kemudian ditambah lagi dgn kemudahan bas ulang alik percuma kerajaan utk penduduk bgn seberang ke pekan Kuala kurau atas urusan harian. Mmg la org PR suka amik nama atas kerja org lain termasuk la market baru kuala Kurau. semua mengaku org PR buat. Lembu punya susu, sapi dapat nama. x pe la sapa nak mengaku pun janji projek2 ini mampu menyumbang kemakmuran penduduk.Pasal elaun 2 plak klu betul ada bukti paksaan sila lapor polis atau masuk sinar.Klu betul biar depa kena tindakan tp klu salah awk kena ngaku salah la.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam