Selasa, 25 Januari 2011

WAKIL RAKYAT SUMBANG KOS PEMASANGAN METER AIR UNTUK TOKONG HAI-YU JALAN PANTAI KUALA KURAU










Permohonan penduduk untuk mendapatkan meter air untuk kegunaan tokong Hai-Yu Jalan Pantai Kuala Kurau telah ditunaikan oleh wakil rakyat mereka baru-baru ini. Projek ini telah berjaya dilaksanakan pada 13 Januari 2011 setelah hampir 2 tahun permohonan ini dikemukakan. Kos pemasangan yang berjumlah RM 1200 telah disumbangkan oleh YB. Yunus dan YB. Dr Mujahid bagi memenuhi keperluan penduduk sekitar yang sering mengunjungi rumah ibadat berkenaan.

Sebelum ini ketiadaan bekalan air paip di tokong tersebut telah menimbulkan banyak kesulitan kepada orang ramai bagi kegunaan seharian. Pihak wakil rakyat memohon maaf kerana kelewatan menyelesaikan permohonan penduduk disebabkan kesukaran mendapatkan kontraktor memandangkan projek berkenaan mungkin tidak mendatangkan keuntungan besar kepada pihak kontraktor.

Untuk makluman penduduk telah mengemukakan permohonan bagi memasang meter air di tokong berkenaan kepada wakil rakyat seawal selepas kemenangan Pakatan Rakyat pada tahun 2008. Kini, atas kerjasama dan komitmen semua pihak satu lagi masalah rakyat telah berjaya diselesaikan dan pihak wakil rakyat mengucapkan terima kasih kerana orang ramai menaruh kepercayaan bagi mendapatkan perkhidmatan daripada wakil rakyat mereka.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan